Anda Terbit Kami Jual Bagaimana?

GUNTING & NGOMONG JOWO (KOMBO SET PROMO)

MYR60.00 MYR50.00
Quantity

20

pieces available



  • 256-bit SSL secure checkout
  • Fast same day shipping
  • 100% satisfaction guarantee
  • Easy and secure payment
  • 14 days easy return policy

TAWARAN KOMBO SATU 'GUNTING' SATU ‘YOK NGOMONG JOWO’

(Dapatkan tandatangan eksklusif daripada penulis pada buku ‘Gunting’)

GUNTING ialah Projek ‘Khianat’, yang merupakan projek kelima Komuniti Celikhuruf dengan kerjasama Metromedia Solutions yang mengangkat tema KHIANAT. Antara yang dikisahkan melalui cerpen-cerpen di dalam buku ini ialah pengkhianatan kawan sesama kawan di sekeliling, di sekolah dan tempat kerja, scammer, pengkhianatan dalam percintaan dan banyak lagi. Apakah kisah mereka? Nikmatilah sakit pedih luka gerah pengkhianatan dalam bentuk realisme dan juga fiksyen yang menarik.

Kisah khianat yang dipaparkan bukan sahaja sebagai perkongsian kepada pembaca tetapi juga sebagai panduan, pengajaran dan iktibar agar masyarakat sentiasa berhati-hati dalam melayari kehidupan yang penuh dengan tipu dayanya.

YOK NGOMONG JOWO – ertinya Mari Bercakap Jawa, adalah satu buku untuk memelihara Bahasa Jawa di kalangan penutur asalnya. Di samping itu juga adalah untuk memperkenalkan dan mendedahkan Bahasa Jawa kepada bukan penutur asal sebagai satu bahasa yang seronok dan mudah dipelajari dan dituturkan.

Buku ini membolehkan pembaca belajar dan memahami Bahasa Jawa Ngoko (kasar), Krӑmӑ Inggil (halus pertengahan) dan Krӑmӑ Madya (halus tinggi). Rata-rata penutur Bahasa Jawa di Malaysia menggunakan laras Jawa Ngoko dan inilah peluang untuk menghaluskan lagi penggunaan bahasa ini.

Buku terbaik yang ada untuk belajar Bahasa Jawa di Malaysia. Ditulis oleh seorang anak Jawa Hulu Langat, Hasan Suyat dengan bimbingan penuh gurunya dari Riau, Pak Totok Aidil Subagio.