Anda Terbit Kami Jual Bagaimana?

Kembara Mesir (Egypt) - Pengembara Di Bumi Tandus

MYR28.00
Quantity

32

pieces available



  • 256-bit SSL secure checkout
  • Fast same day shipping
  • 100% satisfaction guarantee
  • Easy and secure payment
  • 14 days easy return policy

“Jurnal travelog Rashid Trekker Vol: 1 Kembara Mesir (Egypt)…Pengembara Di Bumi Tandus” mengisahkan cerita pengembaraan serta pengalaman saudara Rashid Trekker yang telah mengembara di bumi Mesir. Beliau ingin berkongsi kejayaan dan pengalaman yang berharga ini kepada pembaca semua. Hanya kepada yang pernah melaluinya akan faham tentang erti kepayahan, bahaya, keindahan dan kegembiraan yang ditempuh sepanjang berkelana di bumi yang tandus ini…Mesir (Egypt).

Buku ini menceritakan bagaimana beliau telah mengembara secara ‘solo backpackers’ dari Malaysia bersaorangan diri sehingga ke Mesir. Dengan berbekalkan kecekalan, beliau telah mengembara di Mesir di sekitar Cairo (Kaherah), Giza, Alexandria (Iskandariah), El-Fayyoum, Luxor, Edfu, Kom Ombo, Aswan dan sehingga ke Abu Simbel di sempadan Mesir dan Sudan.

Setiap kenangan dan detik-detik manis beliau mengembara di Mesir dicatatkan di dalam buku ini untuk tatapan dan renungan bersama. Semoga kisah perjalanan dan pengembaraan beliau boleh dijadikan teladan dan ada juga yang boleh dijadikan sebagai rujukan serta inspirasi kepada sesiapa yang berhajat dan ingin mengembara ke Mesir pada suatu hari nanti.