Anda Terbit Kami Jual Bagaimana?

KUMPULAN PUISI : KETIKA ISYARAT

MYR20.00
Quantity

48

pieces available



  • 256-bit SSL secure checkout
  • Fast same day shipping
  • 100% satisfaction guarantee
  • Easy and secure payment
  • 14 days easy return policy

Kumpulan puisi Ketika Isyarat saya pilih judulnya atas sebab tertentu. Meskipun terdapat dua buah puisi yang menggunakan judul yang sama, namun keseluruhan kumpulan puisi ini lebih pada mengajak sesama insan supaya sedar akan isyarat dan peringatan yang Allah swt hadapkan kepada kita sebagai hamba Allah, agar taat akan perintah-Nya.

Banyak peristiwa pahit getir, suka duka yang sering berlegar di sekeliling kita yang seharusnya menjadi renungan dan panduan kita akan kebesaran Allah swt dan tentang balasan-Nya di hari kemudian. Bencana seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir, tanah runtuh, tsunami, kejadian likuifaksi bumi, wabak penyakit dan banyak lagi bencana di samping ujian nikmat dunia yang kita nikmati, mampukah kita menterjemah hakikat kehidupan ini.

Ini yang cuba saya kongsikan dalam kumpulan puisi ini dengan khalayak pembaca agar kita dapat merenung sejenak kelemahan dan kekurangan diri kita selama ini, khususnya diri saya sendiri, dan kembali kepada zat-Nya yang satu. Semoga kumpulan puisi ini dapat menyumbang sedikit kebaikan ke arah mencari redha Ilahi. Wallahu’alam bissawab.