Anda Terbit Kami Jual Bagaimana?

Kumpulan Puisi : RUMAH API

MYR20.00
Quantity

96

pieces available



  • 256-bit SSL secure checkout
  • Fast same day shipping
  • 100% satisfaction guarantee
  • Easy and secure payment
  • 14 days easy return policy

Kumpulan Puisi: Rumah Api dinyalakan oleh 40 puisi yang ranum merentas waktu. Bait-bait terhasil adalah nyala rasa sang penyair yang mengamati hidup sepanjang kembara nyawanya. Titipan setiap puisi dilhamkan oleh gejolak rasa dan sensetiviti penyair yang menyeluruhi alamnya secara zahir dan batin.

Meskipun sela waktu catatan dan titipan puisi ini tidak panjang namun ia memancarkan kematangan fikir dan perjalanan kembara zahir batin sang penyairnya.

Besar harapan agar titipan puisi sebanyak 40 buah ini berupaya menjadi pedoman dan saranan buat pembaca budiman. Molek kata indah bahasa tiada lainnya adalah ilham daripada Pencipta. Saya memanjatkan syukur kepada Ilahi dengan anugerah ilham ini. Maka ini saya kongsikan dengan para pembaca.

Akhir kata semoga puisi-puisi yang termuat di dalam kumpulan ini jua dapat mencetus pemikiran serta daya kreatif kepada kita semua sekali gus melimpahkan lagi catatan-catatan lain yang akhirnya mendekatkan kita pada Sang Pencipta.

Sekian daripada saya, salam puisi.

PENYAIR