Anda Terbit Kami Jual Bagaimana?

QASYAF 80

MYR35.00
Quantity

50

pieces available



  • 256-bit SSL secure checkout
  • Fast same day shipping
  • 100% satisfaction guarantee
  • Easy and secure payment
  • 14 days easy return policy

PROMOSI FREE POSTAGE

QASYAF 80 : Kemala yang Kami Kenali adalah sebuah kumpulan tulisan yang menghimpunkan anekdot, analisis karya, puisi dan catatan pengalaman yang menggambarkan penghargaan, inspirasi, pengalaman dan refleksi oleh penulis-penulis dari negara Malaysia, Indonesia, dan Brunei terhadap Kemala Sasterawan Negara Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah.

Kumpulan tulisan ini diterbitkan sebagai suatu hadiah dan penghargaan terhadap beliau yang sentiasa menggerakkan ilham untuk rakan penulis tempatan dan antarabangsa berkara, berinteraksi dan menciptakan kegiatan sastera.

Idea untuk mengumpulkan tulisan daripada pelbagai perspektif ini telah menemukan sejumlah rakan taulan yang sedia mencatatkan pengalaman dan pemerhatian masing-masing, mungkin juga analisis terhadap karya-karya beliau secara ringan mahupun pernyataan penghargaan sepanjang mengenali beliau.

Sekitar 40 orang penulis telah bergabung di dalam buku ini yang telah berkongsi pengalaman dan tanggapan masing-masing, termasuklah rakan sepengajian beliau hinggalah mantan rakan sejawatan hinggalah kepada para penulis baharu yang terinspirasi dengan gaya kepengarangan mahupun kepimpinan sasteranya.